Ukai semua orang seranta ulih nyaga pemeresi, ngubah jalai pengidup -->
Cari Berita

Advertisement

Ukai semua orang seranta ulih nyaga pemeresi, ngubah jalai pengidup

Admin | beritaiban@gmail.com
April 22, 2020

ILLUSTRASYEN PICHA: Pendiau rumah orang seranta. 📷 #MediaRama

Tabi basa ngagai semua bala pemacha Berita Iban Online, sekali tu kami deka bekunsika siti artikel ke dipansutka siku indu ke dikelala nama Farizal ba media rama, kemari.

Ba artikel ke ditulis, iya nusuika jerita (experience) pengudah iya nulung sebuah ruang bilik ti chukup seranta tauka orang kurang penatai pemisi.

Artikel nya dipansutka iya urung jam 9 pagi, kemari (21. April 2020) enggau nitihka penerang ke diterima kami artikel nya diatu udah nyadi tebilang (viral) ba media rama.

Artikel tu umbas iya ga pemenjai tang enti ulih bacha nyentuk ke pengujung sekali, bacha baka nuan macha jerpan laban ba artikel tu bisi pekara ti ulih diambi nyadika chunto tauka teladan ba pengidup kita besehari-sehari.



Tahun lepas team kami memperoleh berita melalui 1 group FB di tempat kami yang menunjukkan seorang ibu muda membawa 5 anak kecil nya mengemis di sebuah stesyen minyak.

Atas rasa simpati, team kami berusaha mendapatkan maklumat tentang keluarga ini hingga lah akhirnya kami temui keluarga ini.

Team kami melawat keluarga ini, ibu ayah masih muda dengan 5 anak-anak yang masih kecil.

Mereka tinggal di sebuah rumah yang dibina di atas rizab lombong.

Rumah kecil tersebut disekat menjadi dua.

Ibu ayah si suami tinggal di bahagian depan, keluarga ini tinggal di bahagian belakang.

Manakala bilik air berkongsi.

Keadaan rumah keluarga ini sangat dhaif dan kotor.

Kami dpt makluman bahawa kedua suami isteri ini memiliki kad psikiatri dari sebuah hospital bahagia.

Kedua-dua mereka masih makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Anak paling sulung baru berusia 12 tahun.

Atas rasa tanggungjawab, kami mencari dana untuk bantu keluarga ini.

Alhamdulillah, ramai yang bagi sumbangan bila melihatkan keadaan keluarga ini melalui posting team kami.

Ramai juga yg mempersoalkan, mana ketua kampung, mana Adun, mana parti itu, mana parti ini.

Dan ada yang balas, tolong je, jangan tanya pasal semua tu.

Saya ada juga terfikir pasal tu, takkan tiada pihak yang tampil bantu keluarga ni.

Memang sangat dhaif, rumah luar dalam penuh sampah, najis anak merata-rata, pakaian berlonggok di dalam dan luar rumah.

Kaca dan botol bergelimpangan sana sini.

Bukan nak buka aib, tapi itu lah keadaan nya.

Jadi, dengan dana yang kami dapat, kami belikan perkakasan rumah seperti pinggan mangkuk, cawan, tikar, toto, penyapu, baldi, ubat gigi dan banyak lagi.

Lalu kami hantar ke rumahnya.

Kami nasihatkan nya untuk bersihkan rumah.

Kami berjanji akan hantar barangan dapur seperti beras, gula, biskut dan sebagai nya setiap bulan.

Asalkan dia tak bawa anak-anak keluar mengemis lagi.

Melihatkan keadaan rumah, kami tanyakan samada dia solat tak? Dan dia mengaku dia tak solat.

Kami tanya suaminya, tahu solat tak?

Suaminya kata tahu. Kami tanya nak panggil org ajar tak? Katanya tak perlu.

Kami dapatkan pekerjaan untuk suaminya sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM1,200.00 sebulan.

Kami minta dia jangan lagi mengemis. Kami akan bantu.

Dia kata iye iye.

Menangis terharu dengan bantuan yang diberikan.

Katanya dia tak pernah dibantu begitu.

Seminggu lepas tu, kami datang semula ke rumah tersebut jam 10 pagi, mereka masih tidur manakala dua anak kecilnya bermain di luar rumah dalam keadaan bogel.

Keadaan rumah masih tak berubah seperti ketika kami sampai dulu.

Paling sedih, pinggan mangkuk yang baru kami belikan minggu lepas, bersepah di tanah dalam keadaan kotor.

Biskut yang kami beli bertaburan di atas tanah dan pakaian yang berlonggok.

Kami suruh panggilkan mak.

Ibu muda ini keluar dari rumah.

Katanya dia tak sihat.

Kami tak naj tanya banyak, terus kami ambil penyapu, air dan cuci rumah nya.

Semua sampah kami buang.

Pakaian berlonggok yang dah tak elok kami bakar.

Kebetulan kami ada membawa beberapa orang yang ingin menziarah keluarga ini setelah melihat posting kami di FB.

Sebelum balik, kami pesan lagi, jaga kebersihan, jaga solat, jangan keluar mengemis dan kami tinggalkan duit minyak motor untuk pergi kerja.

Suami nya juga telah dibekalkan telefon untuk dia mudah dihubungi oleh majikan nya.

Kami juga belikan peralatan sekolah untuk anak-anak nya.

Gembira sangat anak-anak nya.

Lepas seminggu, majikan nya telefon kami.

Merungut dengan prestasi kerja nya.

Datang ikut suka, bila call isteri yang jawab dengan marah-marah.

Kami pula yang rasa bersalah bila majikan yang sudi membantu tu mendapat susah.

Dan sekali lagi kami pergi ke rumah keluarga ini.

Tiada sesiapa di rumah.

Kosong..

Keadaan rumah?

Back to normal.

Najis merata, baju yang baru kami bagi pun berlonggok kat depan rumah.

Sampah kat dalam dan luar rumah.

Kami akui agak kecewa dengan suasana ini.

Masa ni kami mula rasa apa yang orang sekeliling di situ cakap ada benar nya.

Ramai dah bantu tapi keluarga ini yang tak nak berubah.

Kami rasa kami tak mampu bantu keluarga ini.

Tapi kami tak sampai hati membiarkan mereka terutama nya anak-anak yang masih kecil.

Apalah nak jadi dengan mereka.

Maka kami ajukan kepada pihak JKM.

Kami bawa wakil JKM untuk lihat sendiri keadaan keluarga ini.

Kami follow up dengan JKM tentang bantuan untuk keluarga ini.

JKM bersetuju untuk bayarkan sewa rumah buat mereka dengan syarat mereka perlu cari rumah lain untuk disewa.

Bantuan kewangan bulanan dari Baitulmal sedang dalam proses.

Anak-anak yang bersekolah dapat RMT dan beberapa bantuan lain.

Kami tolong carikan rumah sewa untuk mereka.

Rumah pertama mereka tak nak alasan jauh dari rumah mak, rumah kedua juga tak nak sebab jauh dari sekolah, hingga lah 5 rumah kami cari mereka tak nak.

Akhirnya mereka setuju untuk cari sendiri mengikut keselesaan mereka.

Kami kesian kan anak-anak nya.

Kami tanya jika JKM boleh uruskan hal anak-anak.

Bukan nak pisah kan dari ibu ayah tapi untuk pastikan anak-anak mendapat kehidupan yang lebih baik.

Manakala ibu ayah boleh uruskan diri mereka sendiri tanpa perlu risaukan anak-anak.

JKM bagi dua syarat, pertama cari tempat di mana boleh letakkan anak-anak nya.

Kedua, kena ada persetujuan ibu ayah.

Maka kami cari rumah kebajikan untuk anak-anak nya, dah jumpa, tak jauh dari rumah yg sedang mereka huni masa tu.

Pihak rumah kebajikan setuju ambil anak-anak ini dengan syarat melalui JKM sebab tak nak ada kes lain di kemudian hari.

Setel syarat JKM no 1, kami bertanya ibu muda ini, untuk letakkan anak-anak mereka kat rumah kebajikan.

Ibu muda ini menangis merayu agar dia tidak dipisahkan dengan anak-anak nya.

Katanya biarlah dia susah tapi jangan pisahkan dengan anak-anak nya.

Kami pujuk dia, ini untuk kebaikan masa depan anak-anak.

Ibu dan ayah pun berpeluang membetulkan kehidupan.

Dan rumah kebajikan tu tak jauh, mereka boleh lawat anak-anak mereka selalu.

Tapi ibu muda ini tetap tak setuju.

Kami yang ibu ni pun ada naluri yang sama, faham akan betapa sedih nya bila anak-anak dipisahkan dari ibu dan ayah.

Maka kami gagal penuhi syarat JKM yang no 2.

Sampai lah 1 hari kisah keluarga ini diviralkan semula oleh seorang individu berpangkat Dato, yang menemui ibu muda dan anak-anak nya mengemis di stesen minyak yang sama.

Siap ada video lagi.

Dia menangis kata hidup susah tiada yang bantu.

Kami agak terkejut dengan posting tu.

Sedangkan betapa banyak yang kami dan beberapa pihak lain dah bantu.

Kami masukkan komen, maklumkan bahawa beberapa pihak dah bagi bantuan kepada keluarga ini.

Namun kami ditempelak.

Katanya kami nak tumpang glamor Dato, kami buat cerita, kami nak dapat nama, macam-macan lah.

Mereka kata kalau dah bantu, kenapa mereka masih mengemis?

Kami nak kata apa?

Bantuan kami tak diwarwarkan ke pelosok dunia, kami tiada jutaan follower untuk back up kami.

Jadi kami diam.

Itu lebih baik dari dilihat cuba tegakkan benang yang basah.

Seminggu lepas tu kami kembali ke rumah mereka.

Masih keadaan yang sama.

Kami tanya kenapa masih mengemis?

Katanya dia tak mengemis, dia kutip botol.

Kami tanya kenapa bawa anak-anak?

Sampai tengah malam masih cari botol? (Sebab viral video dia mengemis tu pukul 11 tgh malam di mana keesokannya adalah hari bersekolah).

Katanya kat rumah tiada yang jaga.

Sedangkan terang-terang kat depan rumah adalah nenek mereka.

Kami pun pernah bercakap dengan nenek mereka.

Memang mereka ada konflik, rasanya tak perlu kami ceritakan konflik mereka.

Tapi konflik biasa, nenek dengan cucu, anak dengan mak, menantu dengan mertua.

Biasalah.

Kami tanya, apa lagi peralatan rumah yang tak cukup?

Katanya dia nak rak baju dan rak pinggan.

Kami janji akan hantar dengan syarat dia kena bersih kan rumah dan bersih kan diri juga.

Dia janji akan buat.

Minggu berikutnya kami datang lagi bawakan rak pinggan, rak baju, tikar baru, tilam dan beberapa pakaian.

Mereka tiada di rumah. Keadaan rumah masih begitu.

Kami memang hampa.

Kami hubungi majikan nya, kata nya si suami dah lama tak datang kerja.

Telefon yang dibekal kan pun tak dikembali kan.

Maka majikan dah cari pengganti.

Kami pergi ke rumah nya berulang kali tapi mereka tiada di rumah hingga lah kes mereka viral sekali lagi di rumah pusaka si ibu muda tadi di satu daerah yg lain tapi masih dalam negeri yang sama.

Perkara yang sama, video yang serupa, mengatakan suami nya sakit tak boleh bekerja, sakit mental tiada yg nak ambil bekerja dan dia sekeluarga hidup susah tiada bantuan.

Ramai pertikaikan mana Adun, mana ketua kampung, mana AJK surau, mana jiran-jiran.

Kali ini kami tutup mulut.

Biar lah mereka nak kata apa, yang menghadapi nya saja yang tahu kisah sebenar.

Biar lah hanya Allah yg tahu.

Kami putus asa.

Peralatan yang baru kami beli untuk keluarga ini, kami bagi kepada keluarga lain yang lebih menghargai.

Kami akui, kami tak kuat untuk terus bantu keluarga ini.

Kerana apa?

Kerana mereka yg tak mahu berubah.

Mungkin seseorang itu akan berubah bila dia ditemukan dengan orang yang Allah izinkannya untuk berubah.

Mungkin.

Cuma kepada yang mendengar sesuatu kisah tu, jangan kita selalu pertikaikan kenapa tiada yang bantu, jiran penting kan diri, banyak sangat kerenah birokrasi, pusat zakat tak buat kerja.

Jangan.

Jangan cakap begitu jika kita bukan di sana.

Nak tolong, tolong lah.

Tak nak tolong, baca dan ambil iktibar.

Mohon maaf andai kisah ini seakan membuka aib.

Tak semua yang miskin itu tak nak berubah.

Tak semua yang miskin itu tidak bersih.

Ada lebih bagus dari kita yang sedang-sedang ni.

Tiada niat buka aib, sekadar untuk renungan kita bersama agar menjaga lidah dari berkata sesuatu yang kita tak pasti.

Agar kita jaga jemari kita agar tidak menaipkan sesuatu yang kita tak tahu kebenaran nya.



Nya mih artikel ke ditulis Farizal pagi kemari.

Keni ku runding nuan bekaul enggau pekara tu? Nuan kala napi penusah ke sebaka? 🤔

Tau meri buah runding tauka saum jerita ba kutak komen dibaruh aritkel tu.